Rahsia Besar Solat Subuh

Assalamualaikum,

Ramadhan Kareem… Rahsia Rahsia Besar Solat Subuh, Nabi Kata Kalau Tahu, Merangkak Pun Kita Pi Jugak. Jom Kita Baca Satu Satu Dan Cuba Praktis Dalam Ramadan Ni Sebab Bila Dah Sahur Terus Pegi Masjid Ye…

  1. Siapa solat subuh berjemaah, seolah olah dia solat sunat sepanjang malam
  2. Siapa solat subuh berjemaah, dia dalam perlindungan Allah sepanjang hari
  3. Siapa solat subuh berjemaah, dimasjid atau surau dia terlepas dari sifat munafik
  4. Siapa solat subuh berjemaah, dimasjid atau surau dengan siap berwuduk dari rumah, setiap langkah akan diberi pahala, dihapuskan dosa dan diangkat darjat
  5. Sesiapa berinfak yakni sedekah pada waktu subuh, malaikat akan mendoakan rezekinya ditambah dan jika tak, sebaliknya doa malaikat
  6. Siapa solat sunat sebelum solat subuh, dia dapat kebaikan yang lebih baik dari dunia dan seisinya

Hebat kan, gempak kan, power kan. Kalau ada yg kata kalau harap semua tu maknanya tak ikhlas. Abaikan jawapan tu sebab semua ganjaran tu janji Nabi dan Semua ganjaran tu Allah yang bagi bukan depa… Ikhlas tu kena minta pada Allah.

Kalau ada salah silap sila komen dibawah, InsyaAllah akan diperbetulkan.

Wallahua’lam

Budak Hakikat

Assalamualaikum, hari tu dengar kisah sorang ustaz muda, dia bagitau dia pernah nak pegi berguru dengan ustaz fames dari Terengganu.

Tuan guru ni katanya hebat dalam ilmu hakikat. Ustaz muda ni masa jumpa guru tu pun dia cakap dah pelik sebab tuan guru ni tak pegi solat Jumaat. Biar betik. Nabi Muhammad SAW ialah manusia paling mengenali Allah pun solat 5 Waktu kat Masjid. Sebab dia tak pegi solat Jumaat ialah dia cakap dia nampak kepala Babi atas kepala imam, kasyaf betul tu, sebab dia cakap imam tu tak ikhlas jadi imam sebab ada elaun.

Itu bab guru. Kalau bab budak2 plak… Ada yg bagitau kalau solat harap pahala itu tak ikhlas dan tak diterima. Sila dia nak buat kerja Allah, diterima atau tak itu bukan urusan kita. Kita hanya buat jee. Janji kita tahu apa itu Islam, Iman dan Ehsan.

Bab PAHALA ni, Allah juga yang bagi. Setiap janji pahala itu dari Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah. Rasulullah tidk bercakap pakai nafsu tapi berdasarkan wahyu dari Allah jugak an.

Jadi, terus buat amal yg kita buat walaupun sebab nak pahala sebab InsyaAllah suatu hari nanti ikhlas akan datang, sebab ikhlas itu dari Allah. Janji kita minta pada Allah, kita miskin hina, minta dari Allah

yg Maha Kaya.

Benda macam ni pun aku dapat dari seorang ustaz yg lain, bukan ustaz muda tu. Nama2 ustaz ni disembunyikan atas dasar nanti depa kena kecam plak. Aku kena kecam takpe sebab aku hina.

Jalan Mudah Ke Syurga

Assalamualaikum, lama tak post…

Hari ni 19 Syaaban 1440H bersamaan dengan 25 April 2019.

Saya nak share sikit ilmu yg saya dapat dari Ustaz semasa hadir majlis ilmu.

Perempuan

1. Jaga Solat 5 Waktu

2. Puasa DiBulan Ramadhan

3. Jaga Maruah dan Aurat

4. Taat Pada Suami

InsyaAllah dia boleh masuk dari mana2 pintu syurga yang dia nak. Kalau macam tu, pilihlah Syurga Firdaus yee sebab nikmat Paling agung Syurga Firdaus ialah melihat Allah SWT. Melihat Allah saja kita boleh lupa segala nikmat Syurga yang best2.

Lelaki

1. Jaga Rukun Islam, Rukun Iman dan Ehsan

2. Jaga Hubungan dengan Allah SWT.

3. Jaga Hubungan dengan manusia.

InsyaAllah sama-sama kita amalkan dan semoga Istiqomah.

Kalau ada salah silap minta betulkan sebab setiap anak Adam tak terlepas dari buat silap.

Wallahua’lam

Amalan Mudah Kalau Ditimpa Musibah

Assalamualaikum semua, kalau korang ditimpa masalah apa sekali pun, ucap lah Innalillahiwainnalillahirrajioon sebab dengan maksud jelas Allah ajar kita pengunaan yang betul.

Boleh check dalam Surah Al Baqarah ayat 155 – 157.

Al-Baqarah : 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

Al-Baqarah : 156

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata \”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un\” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).

Al-Baqarah : 157

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Jelaskan, bukan hanya boleh guna bila ada kematian. Bukan saja Allah bagi jalan penyelesaian, malah Allah ampunkan dosa kita. Wow, bonus tu.

Step dia macam ni,

1. Bila ditimpa musibah, bencana, masalah. Bersabar terlebih dahulu.

2. Ucap Innalillahiwainnalillahirrajioon

3. Insyallah, Allah akan bantu selesaikan dengan memberi jalan penyelesaian serta rahmat dan pengampunan.

Cuba Try Test ye…

Contoh Anak2 tak dengar kata, isteri/suami tak dengar cakap. Dapat kerja banyak Last minit, keta rosak atau macam macam lagi. Itu semua ujian dan dugaan Allah untuk menguji tahap kesabaran serta ke bergantungan kita pada Allah Taala.

Allahumma Sholi Alaa Muhammad

Wallahua’lam…

Rugi Kalau Tertinggal Ayat Ni

Sesibuk mana pun kau, lepas jee solat baca ayat kursi, hanya satu ayat. Fhadilat dia gempak gile

kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ

Ertinya :

“Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan (mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”

(Riwayat al-Nasaie – sanad jayyid – Hadis Hasan)

Kenapa Baca Yaasin Malam Jumaat?

Banyak Surau Dan Masjid di Malaysia dan Indonesia baca surah Yaasin Malam Jumaat sedangkan Rasulullah SAW menganjurkan kita baca Al Kahfi.

Sebenarnya ini hanya sebab ulamak Nusantara dulu tau orang kita susah nak baca Al Quran, sedangkan Baca 1 huruf satu pahala, Basmalah saja sudah 19 huruf. Di ganda pulak 10x. Sudah 190 pahala.

Dikatakan Surah Yasin ni jantung / hati Al Quran. Itu salah satu sebabnya. Ditambah pula surah ni tak berapa panjang dan juga pendek, ngam2 kalau dibaca waktu Maghrib sementara tunggu waktu Isyak.

Terpulanglah kalau nak baca Yasin atau AL Kahfi. Dua dua ada kelebihan. Dua dua kalam Allah. Bacalah kalam Allah seolah olah Allah berkata kata dengan kita.

Kalau pemalas sangat pun macam aku ni, selawat banyak banyak. Selawat Pada malam dan siang Jumaat juga anjuran Baginda Nabi.

Allahumma Shalli Alaa Muhammad

Wallahua’lam