Haramkan Diri Dari Neraka

SubhanAllah, Amat Banyak Cara Yang Allah SWT beri untuk kita hambanya yang jahil dan lemah untuk dapat kelebihan yang luar biasa dari amalan yang biasa biasa.


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barang siapa yang menjaga 4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat setelahnya, maka Allah mengharamkannya dari neraka”.

SubhanAllah, takkan kita tak nak tawaran dari kekasih Allah yang mulia Rasulullah SAW.

Cara Mengerjakannya

Kerjakan 2 rakaat salam dan kerjakan lagi 2 rakaat dan salam. Boleh juga dikerjakan 4 rakaat terus. Tapi lebih afdal 2 dan 2 rakaat sebab lebih amalannya. Berbanding 4 rakaat terus hanya satu amalannya.

Kalau tak mampu buat hari hari macam saya yang lemah dan pemalas ni, buat lah hari cuti dan paling cantik buat hari hari.

Allahumma ma Shalli Alaa Muhammad

Wallahua’lam

Advertisements

Berbilion Pahala

-Astaghfirullah Lil Mukminin Walmukminat-


Dari Ubadah bin Smamit ra. Nabi Muhammad SAW. bersabda, ertinya : Sesiapa membacakan istighfar untuk mukmin dan mukminat, maka Allah mencatat satu kebajikan untuknya pada setiap seorang mukmin dan mukminat.

(HR. Ath Thabarani)

Bayangkan Sekarang Umat Islam Diseluruh Dunia Ada 22 Billion Orang Jumlahnya.

Hanya Sekali Ucapan Istighfar Untuk Mereka, Kita Akan Peroleh 2 Billion Pahala/Kebaikan. Dan Pastinya Malaikat Akan Mendoakan Kita Yang Mendoakan Saudaranya Dalam Diam Dengan Doa Yang Sama

Wallahua’lam